Selangor
Saujana Utama, Sungai Buloh
Banglo 2 tingkat
Banglo 2 tingkat dengan taman tropika, wakaf kayu dan dalaman yang sudah didiami.
- Struktur
- Siap
- Dalaman
Tak perlu faham semua benda sekaligus. Beritahu kami anda di peringkat mana, dan kami tunjuk langkah seterusnya. Setiap satunya percuma.
10 minit bacaan · Disemak
Kongsi di WhatsAppMula dengan dua angka: berapa kos rumah yang anda bayangkan, dan berapa yang anda layak pinjam. Dua-dua percuma, tanpa daftar.
Tanah pusaka yang belum selesai, tanah pertanian, atau tiada akses jalan: inilah yang paling kerap melambatkan projek. Semak dulu sebelum keluar duit untuk lukisan.
62 pelan dengan 3D, lukisan penuh dan anggaran kos. Suka satu tapi nak ubah sikit? Kami ubah suai secara percuma.
Kami datang ke tanah anda, dengar apa keluarga anda perlukan, dan beri quotation rasmi. Percuma dan tanpa ikatan.
Ikut urutan ini. Jawapan soalan pertama boleh ubah semua yang selepasnya.
Hakmilik, kategori dan syarat nyata di geran, akses jalan dan utiliti. Tanah pertanian bukan terus “tak boleh”: Kanun Tanah Negara benarkan rumah pemilik sendiri atas tidak lebih satu perlima lot atau 2 hektar, mana yang kurang, kecuali syarat nyata kata lain. PBT dan pembiaya tetap buat keputusan sendiri, dan lebih dari itu perlu tukar syarat dulu.
Semak tanah →Kadar per kaki persegi, kelulusan PBT sehingga CCC, dan pemasangan meter, semuanya dipecahkan. Harga sama walau apa cara anda bayar.
Kira kos →LPPSA untuk penjawat awam, CIMB atau Maybank untuk sektor swasta, atau KWSP dan tunai. Alat kami tunjuk jumlah, ansuran dan peraturan yang menghadkan anda.
Semak kelayakan →Pilih dari 62 pelan siap, ubah suai salah satu, atau kami lukis yang baru ikut bentuk tanah anda.
Lihat pelan →Kami. Arkitek dan jurutera berdaftar hantar pelan, kami susul dengan majlis sehingga lulus, dan uruskan CCC bila rumah siap.
Proses kelulusan →Tujuh perkara yang patut ada dalam tangan sebelum bayar untuk lukisan. Setiap satu dipautkan ke halaman yang menerangkannya dengan penuh.
Beli carian rasmi dari Pejabat Tanah Daerah untuk hakmilik HSM, GM dan PM, atau dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) untuk hakmilik HSD, GRN dan PN.
Semak tanah →Atas tanah pertanian, rumah pemilik dibenarkan atas tidak lebih satu perlima lot atau 2 hektar, mana yang kurang, kecuali syarat nyata kata lain; selain itu perlu tukar syarat di bawah seksyen 124.
Semak tanah →Pembiayaan LPPSA untuk bina atas tanah sendiri perlukan satu lot hakmilik individu, bebas bebanan, milik anda seorang, bersama pasangan, atau sebagai ibu/bapa dan anak, jadi pusaka yang belum dibahagi perlu selesai dulu.
LPPSA →Di Subang Jaya (MBSJ), set pelan bangunan termasuk borang maklumat teknikal Air Selangor dan TNB, dan TNB, Air Selangor serta IWK memeriksa sebelum CCC didepositkan, jadi cara lot disambung ke air dan elektrik perlu dijawab sebelum pelan.
Aliran kerja →Pengeluaran KWSP bina rumah perlukan anda bawah 55 tahun, sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun Sejahtera, perjanjian pembinaan kurang tiga tahun, dan surat kelulusan PBT atau pelan yang diluluskan.
Semak kelayakan →LPPSA tak biayai kos penyediaan pelan dan tapak, dan fi pelan PBT di Selangor ditetapkan oleh Jadual Pertama Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, jadi simpan tunai untuknya.
Kos pihak ketiga →MBPJ (Petaling Jaya) beri 37 hari bekerja untuk pelan bangunan baru, bergantung pada tarikh mesyuarat Jawatankuasa OSC; MBSA (Shah Alam) kecualikan satu rumah sesebuah daripada kebenaran merancang, bukan daripada kelulusan pelan bangunan dan pelan kejuruteraan.
Proses kelulusan →Tempoh ialah julat biasa, bukan janji. Kelulusan PBT paling banyak berbeza ikut majlis.
Sebelum langkah 1, kalau berkenaan
Selesaikan pusaka kecil: 4 hingga 6 bulan di JKPTG, lebih lama di pejabat yang banyak kes. Tukar syarat tanah pertanian: di Selangor diputuskan oleh MMKN, jadi mulakan sebelum buat lukisan.
Persediaan (Langkah 1–5)
Konsultasi Awal: 1–3 hari · Semakan Tanah: 3–7 hari · Pelan Konsep & 3D: 1–2 minggu · Quotation: 3–7 hari · Penghantaran Pelan ke PBT: 2–4 minggu
Kelulusan PBT (Langkah 6)
Kelulusan PBT: 3–4 bulan
Angka MBPJ sendiri: 37 hari bekerja untuk pelan bangunan baru, bergantung pada tarikh mesyuarat OSC.
Pembiayaan dan pembinaan (Langkah 7–8)
Dokumen Pembiayaan: 1–3 minggu · Pembinaan: 5–6 bulan
Siap dan serah kunci (Langkah 9–11)
Pemeriksaan Kualiti: 1–2 minggu · Serah Kunci: 1 hari · Sijil CCC: 2–4 minggu
Selepas serah kunci (Langkah 12)
Waranti: 12 bulan
1. Konsultasi Awal
1–3 hari
2. Semakan Tanah
3–7 hari
3. Pelan Konsep & 3D
1–2 minggu
4. Quotation
3–7 hari
5. Penghantaran Pelan ke PBT
2–4 minggu
6. Kelulusan PBT
3–4 bulan
7. Dokumen Pembiayaan
1–3 minggu
8. Pembinaan
5–6 bulan
9. Pemeriksaan Kualiti
1–2 minggu
10. Serah Kunci
1 hari
11. Sijil CCC
2–4 minggu
12. Waranti
12 bulan
Rumah sebenar yang kami bina untuk pemilik tanah seperti anda.
Selangor
Banglo 2 tingkat
Banglo 2 tingkat dengan taman tropika, wakaf kayu dan dalaman yang sudah didiami.
Selangor
Banglo 1 tingkat
Direkodkan dari tanah kosong: kerja tanah, asas, dinding, bumbung, sehingga lampu porch menyala.
Selangor
Banglo 2 tingkat
Banglo 2 tingkat moden, siang dan malam, dengan tangga besi tempa dan siling berlampu.
Untuk yang mahu tahu lebih
Peraturan dan butiran di sebalik panduan di atas. Buka yang berkaitan dengan anda saja.
Inilah kes di mana urutan biasa tak jalan. Setiap langkah pertama diambil dari peraturan pejabat tanah, LPPSA, KWSP atau PBT yang berkenaan.
Pembiayaan LPPSA untuk bina atas tanah sendiri (Jenis 2) perlukan anda pemilik penuh lot, atau pemilik bersama dengan suami atau isteri, atau sebagai ibu/bapa dan anak. Pengeluaran KWSP untuk bina rumah pula perlukan tanah atas nama anda atau pasangan.
Langkah pertama: setuju dulu nama siapa di geran, dan daftarkan apa-apa pindah milik di Pejabat Tanah sebelum memohon.
Harta bernilai sehingga RM5 juta (tanpa wasiat, bagi bukan Islam) ialah pusaka kecil, dimohon dalam talian melalui MyLAND ke Pejabat Pembahagian Pusaka JKPTG. JKPTG beri tempoh 4 hingga 6 bulan dari tarikh permohonan, lebih lama di pejabat yang banyak kes. LPPSA dan KWSP kedua-duanya mahu tanah atas nama pemohon atau pasangan.
Langkah pertama: hantar permohonan sekarang, kemudian daftarkan perintah pembahagian bersama geran asal di Pejabat Tanah.
Rumah pemilik sendiri dibenarkan atas tidak lebih satu perlima lot atau 2 hektar, mana yang kurang, kecuali syarat nyata kata lain. Lebih dari itu, tanah perlu tukar syarat di bawah seksyen 124; di Selangor pemilik atau pemegang surat kuasa wakil berdaftar mohon melalui e-Tanah dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang putuskan.
Langkah pertama: baca syarat nyata pada carian rasmi sebelum buat apa-apa lukisan.
Pegangan Melayu tidak boleh dipindah milik, digadai atau dipajak kepada bukan Melayu. Di Selangor, ia hanya boleh digadai kepada badan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua Enakmen Rizab Melayu.
Langkah pertama: tanya pembiaya anda sama ada ia ada dalam senarai itu, sebelum benda lain.
Satu pegangan ada paling ramai dua pemegang, tak boleh dipecah sempadan, dan hanya boleh ada rumah pemegang sendiri, di bahagian yang ditetapkan oleh Pentadbir Tanah. KWSP terima tanah FELDA dan tanah agensi kerajaan yang diiktiraf untuk pengeluaran bina rumah.
Langkah pertama: tanya Pejabat Tanah di bahagian mana rumah boleh didirikan.
Dalam permohonan bersama LPPSA, setiap pemohon mesti pemilik bersama dalam hakmilik, dan untuk bina atas tanah sendiri pemilik bersama mesti suami isteri atau ibu/bapa dan anak. Dalam pengeluaran bersama KWSP, setiap pemohon hanya keluarkan dari Akaun Sejahtera sendiri.
Langkah pertama: setuju siapa tandatangan dan siapa bayar sebelum minta quotation.
Penjawat awam mohon LPPSA Jenis 2, yang meliputi kos binaan dalam jadual bayaran perjanjian pembinaan tapi bukan kos penyediaan pelan atau tapak. Pekerja swasta dan yang bekerja sendiri pergi ke bank, yang minta dokumen pendapatan berbeza daripada orang bekerja sendiri. Sesiapa bawah 55 tahun dengan sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun Sejahtera boleh tambah pengeluaran KWSP bina rumah.
Langkah pertama: pilih laluan, kemudian semak kelayakan dengan angka sebenar anda.
Pengeluaran KWSP bina rumah hanya untuk ahli bawah 55 tahun. LPPSA minta pemohon berumur 55 tahun ke atas (pada tahun permohonan) kemukakan anggaran bayaran pencen yang disahkan Ketua Jabatan, dan tempoh bayaran balik berbeza antara skim pencen dan skim KWSP.
Langkah pertama: semak kelayakan dengan umur sebenar anda, atau rancang bina secara tunai.
Orang di Malaysia boleh bertindak bagi pihak anda melalui surat kuasa wakil: di Selangor, pemegang surat kuasa wakil berdaftar boleh mohon tukar syarat tanah, dan suratcara tanah yang ditandatangani di bawahnya diserahkan bersama salinan surat kuasa itu. KWSP terima Borang KWSP 3 (Pindaan) untuk permohonan melalui pos.
Langkah pertama: sediakan dan daftarkan surat kuasa wakil sebelum projek bermula.
Dari segi undang-undang, roboh dan bina semula lebih separuh dinding dikira sebagai mendirikan bangunan, jadi ia perlukan kelulusan pelan macam rumah baru. Setiap PBT ada laluan sendiri: MBSA (Shah Alam) kecualikan satu rumah sesebuah daripada kebenaran merancang tapi tetap perlukan pelan bangunan dan pelan kejuruteraan melalui OSC, manakala DBKL mahu Perintah Pembangunan dan kebenaran merancang yang lulus dulu.
Langkah pertama: tanya kaunter OSC PBT anda laluan mana yang terpakai.
Pelan, pandangan 3D dan quotation penuh — semuanya percuma, tanpa daftar dan tanpa ikatan. Kami hanya dibayar bila anda memilih kami untuk membina rumah keluarga anda.