Hartanah

Zii Jia mudah ke separuh akhir Terbuka Switzerland

WhatsApp Image 2023 03 17 at 22.45.10 1

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meneruskan kemaraan ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland selepas menyingkirkan pemain Taiwan, Lee Chia Hao.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung sebentar tadi, pemain No.4 dunia itu tidak berdepan sebarang masalah apabila mudah mencatat kemenangan 21-12, 21-17 dalam tempoh 37 minit.

Keputusan itu menyaksikan Zii Jia meneruskan rentak konsisten apabila melangkah ke separuh akhir dalam dua kejohanan berturut-turut selepas turut melakukannya pada kejohanan Seluruh England (All England) minggu lalu.

Pada perlawanan yang berlangsung di St. Jakobshalle, Basel itu, Zii jia yang merupakan juara Asia bermula garang apabila mendahului 13-5 di set pertama sebelum menamatkan aksi dengan kemenangan 21-12.

Memasuki set kedua, Chia Hao yang cuba untuk melakar kebangkitan kembali memperkemaskan permainan dengan memberi cabaran kepada pemenang kejohanan All England 2021 itu, terutamanya menerusi aksi di depan jaring.

Bagaimanapun, Zii Jia tampak lebih bersedia apabila memberi tekanan kepada lawannya itu menerusi pukulan-pukulan smash padu, sekali gus menoktahkan kemenangan 21-17 bagi melangkah ke pusingan seterusnya.

Menanti Zii Jia di pentas separuh akhir esok adalah pemain pusingan kelayakan dari Jepun, Koki Watanabe yang menewaskan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu dalam aksi straight set 21-12, 21-15. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link